Here we go again ! Another jamboree, eh, correction, worth-nothing jamboree, haha. Wanna know why I said that? Read !
30th September 2012, another jamboree yang hampir membunuh semangat nak masuk jamboree, huhu. Selepas more than one month berehat daripada cycling activities, ni merupakan first jamboree aku join. Memang bersemangat gila nak masuk jamboree ni. Tiap-tiap minggu tak miss training, samada Kiara or FRIM. Even one day before event pun sempat lagi g kayuh kat Kiara. Semangat memang 100% ah.
Memandangkan aku ni HOPELESS bab2 jalan, sabtu tu pegi cari jalan nak g UPM. Actually Khamis tu dh pegi dah ngan Mr Zaid, tp dia tunjuk separuh jalan je. So, taknak amek risiko sesat and nak amek goodies bag, pegi la jgk sabtu tu, hehe. Alhamdulillah, jumpa cari UPM. Nampak preparation memang dah siap, banners, tents, arrows segala utk event esoknya. So, dalam hati berbunga-bunga riang la beta, hahaha. Lpas amek goodies bag, trus balik dgn semangat berkobar-kobar. Poyossss !
Esoknya, sampai la ke UPM, ramai dh sampai time tu. Ok la, kami pilih dk belakang cm biasa la, bkn nak menang sgt pon, janji kayuh habis. Jamboree start on time, baca doa segala la. Haaa, ni la mula azab yg sebenarnya.
Mula-mula kena pusing dalam UPM tu sejauh 5km, katanya utk warm-up dulu. Ok la, walaupun dah semput gak by the time nak masuk off road tu, haha. Masuk je off road, ramai dah mula tolak sebab naik bukit tp aku kuatkan semangat, tak tinggi sgt pun, cm kat FRIM tu je, so layan kayuh je. Pastu jumpa plak trails macam Highway Genting Sempah, haha. Sebab aku ckp cmtu, mmg sebijik cam highway tu la. Dk bawah, nampak riders kat atas. Dk atas, nampak riders tgh tolak basikal kt bawah ( aku pun tolak jgk, trails licin xleh kayuh, haha)
Then, kayuh lagi, kuatkan semangat. Mana2 bukit yg bleh kayuh, aku layan je. Malas nak tolak sbb taknak kaki cramps. Lagi seksa nanti. Kat check point pun x stop lama, amek air pisang, trus gerak. Mana2 downhill yg bleh layan, aku layan je. Cuaca makin panas, badan dh mula penat tapi tahankan je, taknak chicken loop dh macam kt JW dulu, haha.
Paling azab adalah kayuh kat on road, MasyaAllah, dgn panasnya, bahang dari jalan tar tu, adoii. Last check point, air dh habis, lagi azab. Tapi akhirnya sampai jgk dgn kudrat yg ada, alhamdulillah.
Tapi nak highlight kat sini few things, actually ramai yg dk maki-hamun dalam event ni so aku repeat kat sini.
- Takde finisher medal weiii !! Aku separuh mati kayuh tapi tak dapat ape-ape pon, huhu, ingat tak penat ke? Finisher medal hanya untuk 200 peserta je, bangang x?
- Goodies bag cuma ada t-shirt and plate number je and sekeping voucher yg bg aku xde nilai pon. Roti and air takde pun utk breakfast. Bayar RM50 kot !
- Trails yg sgt hardcore. Kayuh tepi highway, dalam longkang, bukit yg banyak and tinggi plak tu. Last 5km sgt tidak masuk akal punya trails, panjat bukit sambil bawak basikal and disediakan tali kat tepi tu buat panjat bukit. Ko boleh?
- Ade rider yg meninggal, patah bahu and segala macam lagi la. Tapi takziah utk rider yg meninggal tu, rider from Pasoh.
- First time tempat utk basuh basikal kena bayar RM2, huh?
- Makan ok la, cukup cuma air 100 Plus tak dapat pun, tak cukup.
- Most of the riders agreed that organizer agak profit-oriented cz sebab2 di atas, haha.
Apa pun, pengalaman tu yg sangat penting. Berjaya habiskan jamboree pengalaman yg paling bermakna. InsyaAllah, akan join lagi pada masa akan dtg tp bukan dgn organizer yg sama la, cukup la sekali pengalaman ni, hahaha.
![]() |
| Masa mula2 sampai, sgt suci muka time tu, lol |
![]() |
| Sempat pose ngan Kak Hunny Ida. |
![]() |
| Smile for the camera itu penting wpun nak mampus je rsa, haha |
![]() |
| Plate number yg x bertuah ! |
![]() |
| MTB - Mari Tolak Basikal |
![]() |
| Baju baru uols ! |
![]() |
| My cycling buddies ! |
![]() |
| Mula2 masuk ke Highway Genting Sempah, haha |
![]() |
| Off road bermula. |
![]() |
| Muka x puas hati masing-masing, haha |
©||❤ puleen.nazlin ❤||©










No comments:
Post a Comment